Wednesday, June 1, 2016

DIY Tabung Duit



Nak menabung? Tapi harga tabung pun dah membuatkan rasa nak menabung tu terbantut. Hahahaha! (lawak perli diri sekejap)

Pasang niat nak menabung untuk baby yang masih dalam kandungan ni.. Then, pergi lah jenjalan di pekan.. Tersinggah pula di sebuah kedai buku. Nampak tabung katak comel ja.... tapi harga... Amboi! RM8.00! Baik duit tu masuk tabung daripada guna beli tabung kan?? Kalau sehari menabung RM1, dah rugi bajet menabung 8 hari. uhuhuhu..

Maka bermulalah misi buat DIY tabung untuk future baby. Target untuk beli katil baby. Nak beli 2 bijik sebab saya tinggal 4 hari di rumah mak.. 4 hari rumah husband. Jadual tu akan berulang-ulang sepanjang masa selagi husband masih bekerja. Takkanlah nak usung katil baby tu ke sana ke mari kan? hohoho.

Sebelum ni simpan dalam bekas kontainer aiskrim crispy tu... sebab takda bahan sangat nak hias. Tapi husband tengok pun tak ada selera nak menabung, Hahaha...

So, let see....

Pusing kiri kanan depan belakang dalam rumah, tengok kalau-kalau ada harta yang boleh digunakan dalam misi DIY. Haaa! jumpa lah jugak lebihan wallpaper jenis sticker. Ambil gunting dan gam, kemudian tampal saja.




Taraaaaa.... maka jadi lah tabung DIY saya. Dari kontainer aiskrim jadi tabung.. simple yet very usefull!

Cost? Kira zero lah kan.. sebab guna lebihan barang di rumah. Lain lah kalau korang pegi beli aiskrim crispy tu semata-mata nak buat tabung. Adeh! hahaha.


Nota tumpang sekaki: Jomm kreatifkan minda bersama Omega Guard Shaklee.. hihihihi. baik untuk minda yang memang pelupa macam saya khusunya masa mengandung ni.





No comments:

Post a Comment