Saturday, July 16, 2016

Cara Mengatasi Badan Berangin



Rasa seperti ada belon dalam perut??

Bila badan berangin, kembung perut atau perut rasa sebu memang rasa tak senang duduk! Ini biasa terjadi bila kita lambat makan, terlebih minum air atau terlebih makan.

Atau ada yang masuk angin sebab terlebih makan angin?? hehehe.

Jom baca lagi.. saya kongsikan cara mengelak angin berlebihan di dalam badan yang boleh menjadi penyebab kembung perut atau badan berangin,

1. Kurangkan pengambilan makanan berlemak. Lemak dalam makanan akan memperlahankan proses penghadaman dan menyebabkan gas yang terbebas mudah terkumpul

2.Tinggalkan ataupun kurangkan pengambilan makanan yang banyak `angin` seperti baked beans, brokoli, brussel sprouts, kobis, air berkarbonat (air gas), kobis cina, dll. 

3.Jika anda jenis tak tahan dengan laktosa daripada sumber tenusu, elakkan mengambilnya. Boleh juga cuba gantikan dengan makanan rendah laktosa ataupun yang bebas laktosa.

4.Kurangkan pengambilan makanan berserat tinggi buat seketika kerana walaupun serat boleh membantu proses penghadaman makanan, ia juga mengeluarkan banyak gas.

5.Makan dengan tenang dan perlahan. Tergesa-gesa atau gelojoh ketika makan akan mengganggu proses penghadaman.

6. Ambil makanan yang boleh melegakan ketakselesaan akibat angin yang terlalu banyak di dalam badan.



Anda boleh mencuba Peppermint-Ginger Plus yang mengandungi 4 jenis herba semulajadi untuk kesihatan dan kelancaran sistem penghadaman iaitu pudina (mint), halia (ginger), jintan putih (fennel) dan jintan manis (anise).


1.Pudina : Melegakan otot perut, mampu menenangkan perasaan dan mood, membantu penghadaman, baik untuk demam dan selsema serta menyegarkan fikiran.

2.Halia : Bermanfaat untuk pencernaan, membuang angin dalam badan, melegakan ketidakselesaan perut, meredakan loya dan alahan mengandung, mengelakkan mabuk dalam perjalanan

3.Jintan putih : Orang Eropah mengambilnya selepas makan untuk menghilangkan kembung perut, juga baik untuk sakit perut dan masalah usus.

4. Jintan manis : Baik untuk masalah pencernaan, senggugut, batuk dan kahak, memberikan tenaga pada badan dan lembut pada perut.











Harga untuk sebotol Peppermint Ginger Plus : RM47.70 (tak termasuk kos penghantaran)


Berminat dengan produk Shaklee? 

Hubungi amani; 

Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Email: amani048@gmail.com

No comments:

Post a Comment