Thursday, November 3, 2016

Kenapa Kena Pilih yang Semulajadi?




Hidup lestari sama dengan hidup dengan alam semulajadi. Setiap kita punya pilihan. Mahu jadi orang yang sentiasa menerima keadaan, atau jadi antara orang yang merubah keadaan.

Saya? Saya suka jalan yang ke arah kebaikkan, sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. 

Hidup kena sentiasa berbuat baik. kan? hehe.

Macam umi saya.

Umi saya suka tanam sayur. Bila dia tanam, dia selalu guna baja organik. Kalau boleh, tak mahu ada bahan kimia macam kebanyakan sayur yang dijual di pasar.

Masa berpantang baru ni, dia suruh cari ayam kampung. Kenapa? Sebab ayam kampung takda kena suntik hormon bagai. % lemak dia pun tak macam ayam kedai. Walaupun ayam tu liat semacam, tapi khasiatnya lebih. Hihihi.

Kalau balik kampung, hobi adik pergi mandi sungai. Hobi kami pula pegi petik sayur tumbuh liar tepi sungai. Kenapa? Sebab sayur-sayur tu sedapppp tak macam sayur di pasar.

Daerah kami ni antara pusat penanaman sayur terbesar, pelancong luar pun selalu singgah beli sayur di sini, tapi... Tahu tak? Berapa banyak pestisid, herbisid dan macam-macam lagi bahan kimia yang ditabur pada sayuran tersebut? Well, saya tak tahu. Ada juga sebahagian petani yang guna baja organik. Cuma kena sentiasa ambil langkah berjaga-jaga.



Masa di U dulu pula, NC suka sangat nak bagi semua student serap perkataan SUSTAINABILITY. Di mana2 tema sustainability tu ada. Sampaikan assigments, thesis, projects dan soalan exam ada saja yang bertemakan KELESTARIAN.

Kenapa? Sebab kebanyakan yang ada di dunia sekarang ni boleh memusnahkan dunia jg. Contohnya? Penggunaan plastik yang tak boleh lupus, sayur dan buah yang nampak 'sihat' sebab bahan kimia, ayam dan daging yang gemuk2, sampah yang bertimbun, GMO food dan macam2 lagi.

Atas sebab itu juga negeri-negeri di Malaysia ada meletakkan Hari Tanpa Plastik, menggunakan botol dan plastik biodegradeable dan banyak lagi lah untuk kehidupan yang mapan dan lebih selamat.

Saya sebagai individu pun sentiasa mahu yang terbaik untuk diri dan juga insan kesayangan. Bila dapat tahu standard vitamin Shaklee, terus beli dengan yakin.

Shaklee membuat syarat yang ketat dalam memilih bahan mentah untuk vitamin. Bahan mentah tu mesti organik tak boleh guna pestisid, herbesid, GMO etc. Botol dan plastik pun guna bahan biodegradeable. Sebab tu Shaklee dengan yakin guna tagline sentiasa SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Lama kelamaan, semua yang ada sekarang ni akan hilang kalau kalau konsep 'semulajadi' tidak dijaga. Tak akan ada lg makanan organik, tak ada sungai bersih, semua makanan pun diubah secara genetik.

Betul tak?

#tsunamishaklee
#shakleeamani
#liveamazing

No comments:

Post a Comment