Monday, November 7, 2016

Set Penyusuan Shaklee Terbaik. Betul ke??


Betul ke? Jomm saya jawap soalan anda melalui pengalaman saya menggunakan set penyusuan Shaklee.



Pengalaman saya menggunakan set penyusan Shaklee.

Kalau dulu guna set hamil shaklee. Sekarang guna set menyusu Shaklee pula.. Hihihi. Set shaklee ni senang betul jadi kegemaran saya sebab memang berkesan!

Untuk Set Penyusuan Shaklee ni, saya amal ESP, Alfalfa dan Vitalea. Sebenarnya.. saya beli alfalfa ja untuk penyusuan. ESP dan Vitalea tu lebihan vitamin sejak pregnat. Nampak tak? Boleh guna lama vitamin ni.. setakat ni vitalea tu bertahan lebih 5 bln. Sekali sehari ja makan. Cuma ESP tu canister kedua saya beli. Time pregnant hari tu rajin minum sebab selalu pedih ulu hati.

Ok. Back to set penyusuan.

Macam mana saya boleh suka?

Selepas bersalin hari tu, saya memang agak letih dan stress. Dengan luka jahitan yang masih sakit, setiap hari terpaksa ulang alik dr rumah ke klinik atau hospital sebab jaundis baby sangat tinggi.

Penat, sakit dan stress tu membuatkan susu badan drop. Tambahan lagi, puting sedikit tenggelam. Baby susah menyusu. Huhu. Baby baru umur 2 mggu tp susu drop teruk. Masa masuk wad, doktor bgtau yang badan baby kurang air. Maksudnya, kurang lah minum susu.

Masa tu tak ada pilihan lain selain bagi susu formula. Hati ibu mana lah tak sedih. Sejak pregnant plan mau fully breast feeding. Saya menangis bila pertama kali tengok husband susukan baby dgn susu formula. Huhu. 

Baby umur sebulan baru mula ambil alfalfa. Alhamdulillah. Memang milkbooster!! Sebelum ni susu tak pernah bengkak pun. Tapi lepas makan alfalfa, baru 2 jam baby tak menyusu, susu membengkak. Bila terbangun tengah malam, perasan yang baju boleh basah sebab susu melimpah.. hahaha.

Alhamdulillah rezeki baby hafiz. Sampaikan terpaksa ambil Lecithin untuk kurangkan sakit bengkak! Lecithin pun bagus juga amal semasa tempoh penyusuan. Ia bantu lancarkan aliran susu. Takda lah sakit bengkak tu walaupun susu penuh.



Kalau dulu terpaksa bagi baby susu formula 3-5 kali sehari. Alhamdulillah, lepas sebulan konsisten ambil set menyusu, dah boleh kurangkan bagi susu formula kpd sekali sehari..

Proses penyusuan ni nampak macam mudah, tapi sebenarnya perlukan byk komitmen drp ibu dan sokongan penuh drp keluarga terutamanya suami. Doakan saya dapat bagi full breast feeding. Masih berusaha bagi yang terbaik untuk baby hafiz.


Berminat dengan set penyusuan Shaklee? Boleh hubungi saya okey? Saya boleh pos ke seluruh Malaysia dan COD di sekitar Pekan Ranau.

Pengedar Shaklee,
Amani
013 541 4548 (Whatsapp available)
FB : Nurul Amani
amani048@gmail.com

No comments:

Post a Comment