Friday, November 25, 2016

Tips Urus Masa Bisnes

Mari baca, mau kongsi ni. Ikhlas dari hati saya untuk kesayangan semua. 😁

Tips urus masa bisnes dengan baik;

1. BUANG HANDPHONE anda ke laut kalau anda jenis suka main game. Hahaha! Sebab masa main game, confirm kau takkan sedar pun masa berlalu. Ada customer pun boleh kau layan acuh tak acuh saja. Kan? Kan? (Ok. Ini nasihat extreme)

2. TANGGUHKAN KERJA anda bila masuk waktu solat. Sebab, lepas saja tunai tanggungjawab tu, kau akan rasa masa kau ada lebih drp 24jam.

3. JANGAN GATAL nak dating 24jam dengan bakal suami atau isteri anda. Kalau tak, si dia boleh jadi bakal pemusnah 24jam sehari yang kau ada. Serius ni! Kau nak dating/chatting, cari masa yang sesuai. Ni tak, setiap minit kau nak tengok henpon sebab nak tunjukkan kesetiaan kau. Bisnes boleh terbengkalai tau.. (ok. Ini utk yang single aje laa. Haha)

4. JANGAN TIDUR kalau anak anda tengah tidur (bagi yg dah ada anak). Masa tu lah paling heaven nak buat itu ini. Selitlah juga sedikit masa untuk bisnes..

5. PASANG WIFI kalau anda buat bisnes online. Kalau tak, masa kau akan banyak terbuang hanya sebab nak tunggu loading. Yang pakai data, faham sangat situasi ni kan?

6. GUNAKAN GADJET sebaik mungkin jika anda buat online bisnes. Install apps yang bantu anda menjimatkan masa seperti buffer, dll. Tak payah lah menghadap fb/insta sepanjang masa.

Okey. Cukuplah 6.
Rajin pula membebel hari ni. 😁😁

#tsunamishaklee #shakleeamani #prog20

No comments:

Post a Comment