Friday, December 16, 2016

Rumpai Laut Tiada Kolagen



Saya ada terbaca artikel dari web DrZubaidi yang mana Dr Mariani Abd Hamid (UTM) mengatakan bahawa rumpai laut tiada kandungan kolagen sepertimana yang diwar-warkan oleh kebanyakan orang terutamanya di Sabah.

Rasanya ia terkenal beberapa tahun lalu sampaikan ramai yang berebut beli. Siapa tak nak nampak muda dan cantik kan? Saudara mara saya sendiri ramai yang mengesyorkan untuk makan rumpai laut sebagai sumber kolagen. Saya dan keluarga sendiri suka makan rumpai laut. Lagipun, rumpai laut ni memang sedap!! Tambah dengan limau, lada dan perasa dah cukup menyelerakan. Opps.. hehe.

Kolagen ni sebenarnya adalah protein yang berfungsi sebagai 'pelekat' dalam badan. Tubuh kita ni mengandungi lebih daripada 25 kolagen semulajadi. Semakin meningkat umur, semakin berkuranglah kolagen dalam tubuh, terutamanya bila umur melebihi 20-an. Sebab tu, kulit boleh mula berkedut seawal umur 25 tahun! Pengambilan tambahan kolagen daripada sumber semulajadi boleh membantu melambatkan proses penuaan kulit serta mengukuhkan 'pelekat' dalam tubuh.

Nak ditekankan kembali, tiada kolagen dalam rumpai laut ni. Bagaimanapun, ia tak merbahaya untuk dimakan dan diminum kerana ia juga mempunyai banyak khasiat lain. Malah digunakan secara meluas dalam industri kosmetik dan perubatan.

Khasiat Rumpai Laut:

Mengandungi vitamin, mineral, asid amino, beta karotein dan protein yang tinggi. Ia mampu membantu mengekalkan mahupun mengaktifkan proses pembentukan dan penghasilan kolagen dalam kulit. Rumpai laut hijau mengandungi protein yang tinggi. Rumpai laut jenis merah mempunyai kepentingan ekonomi yang mana ia merupakan sumber bahan mentah bagi pengekstrakan karagenan. Karagenan ni lah yang selalu disalah anggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Kalau rumpai laut tak ada kolagen, mana pula nak dapat kolagen yang sangat banyak manfaatnya? Sebelum tu, saya kongsi sedikit khasiat kolagen.

Kebaikan kolagen:
Kulit akan nampak lebih tegang, putih, melicinkan kulit dan pori yang lebih halus. Kolagen juga memberikan rambut lebih lebat, sihat, lembap dan bermaya. Selain tu, ia juga untuk tulang yang lebih kuat. Selain tulang memerlukan kalsium, tulang juga perlukan kolagen. Ini untuk memberikan manfaat kepada sendi di mana tulang turut memerlukan kolagen supaya lebih kuat dan tidak mudah koyak.



Sumber kolagen semulajadi yang terbaik boleh didapati melalui pengambilan Collagen Shaklee. Haa.. yang ni baru lah real kolagen! Bukan setakat kolagen biasa, ia adalah yang terbaik.


Nak kolagen?


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 

No comments:

Post a Comment