Friday, October 28, 2016

Cara Bersihkan Hidung Bayi yang Tersumbat



Si Comel Meragam, Tapi Tak Pasti Kenapa??


Hidung si kecik tersumbat taik hidung!

Hah. Pernah tak alami situasi ni? Para ibu buat macam mana?

Bila hidung bayi tersumbat, mesti susah nak bernafas sebab diorang masih belum pandai bernafas melalui mulut. Bunyi nafas pun lain macam. Bunyi macam time hidung kita tersumbat, but still berusaha nak bernafas melalui hidung. Kesian baby....

Haa.. bila macam tu, cuba check hidung dorang.. sama ada dorang selesema atau cuma sekadar hidung tersumbat sebab tahi hidung! (hoho.. sorry laa.. tak tahu perkataan yang lebih sesuai dan difahami)

Doktor cakap, hidung bayi memang mudah tersumbat sebab dia tak tahan sejuk. Bila sejuk, mula lah berhingus, lepas tu bercampur pula dengan segala benda asing di dalam hidung kecik dia.. Maka, terjadi lah taik hidung yang tebal dan sebesar lubang hidung mereka... faham tak? hohoho.

Masa umur baby Hafiz sebulan, hidung dia selalu tersumbat. huhu.. mula-mula fikir sebab selesema. Kebetulan pula tengah musim angin kuat.. memang musim orang sakit! Mommy pun telan lah beberapa biji Vitamin C nak bagi booster sistem imun badan, supaya baby pun dapat antibodi tu. Beberapa malam tidur tak lena sebab baby asyik meragam. Menyusu pun susah.

Terdetik lah di hati mau check hidung guna lampu suluh. wooooo.. rupanya taik hidung dia penuh sangat, hampir tutup keseluruhan lubang di bahagian dalam. Nak korek pun memang tak dapat sebab dalam. Tapi kalau dapat korek pun, macam mana nak buka dengan selamat?? Baby baru umur sebulan.

Saya dan husband pun meng-Google lah tips nak bersihkan hidung bayi. Almaklumlah kan... new parents. Semua benda serba baru serba serbi tak tahu! hihihi.

As a result, husband beli benda ni;



Beli saja di farmasi. Cara guna pun senang, cuma spray ke dalam hidung bayi. Tak lama lepas tu, taik hidung tu mencair sedikit dan keluar dengan sendirinya masa baby menangis. Kalau tak keluar, guna penyedut hingus untuk baby.. yang tu memudahkan lagi kerja.. Very simple!

Pesanan dari farmasi, jangan guna lebih daripada 5 hari berturut-turut.. nanti baby terlalu bergantung dengan alat tu. Ia tak memberi kesan sampingan sebab kandungannya daripada air laut. Nak minum pun boleh katanya.. hehe.

See? Simple yet very useful!

Tanya parents lain, dorang suruh guna cotton bud, tapi kalau dah keras & dalam, macam mana nak buka? muehehehe.

Okey. Done kisah tentang taik hidung.

Kalau baby still menangis, mungkin dia kena perut kembung atau tak kenyang menyusu... hihi.. 

Ibu yang makan alfalfa, bantu buang angin dalam badan dan secara automatiknya bantu mengurangkan kembung perut bayi yang disusui.

Ada yang nak cari MilkBooster terbaik? hehe. Terbaik lah sebab dah bantu saya hilangkan berat semasa mengandung. Kalau nak tahu, gabungan Alfalfa dan Omega Guard saaaaaangat membantu membuang lelemak dan kolestrol. Total lost 13kg! Kembali slim dan bantu menghilangkan parut cakar rimau. Ngauummm! hehe.

-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE
-----> SET MILKBOOSTER SHAKLEE

Mommy Hafiz nak tolak lagi 3kg ni! Go go go!

Susu banyak, Baby senang kenyang, mama pun senang hati kan??


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee? Bolehlah hubungi saya. Bagi setiap pembelian produk Shaklee, anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
  
SMS/whatapps: 013-5414548 (amani) 
Shaklee ID: 122839
Emel: amani048@gmail.com 




Baca lagi:

Set Hamil Shaklee

Cara Hilangkan Stretch Mark Bersalin

Buang Angin Dalam Badan

Saturday, August 27, 2016

Drama Noble, My Love




Siapa suka drama yang super duper simple? hihihi. Time stress, sangat sesuai tengok ni! dan lagi satu…. Drama ni hanya 15 minit per episode! Super bite size drama. 20 episod saja pulak tu!

15 minit x 20 episode

Sesuai untuk release stress di hujung minggu.

Tengok drama ni tak payah stress2. Drama romantik comedy yang mudah dan happy ending. 


Dari segi jalan cerita, memang best! Cuma dari segi lakonan mungkin ada kurang sikit berbanding dengan drama yang hot & top. Apapun, it still worth to watch. hehe..

Drama adaptasi daripada top manga. Tapi tak jumpa pula manga tu. hoho. 




Cerita sweet ni pasal perhubungan kontrak. Mula-mula benci, last2 terjatuh hati pulak. Simple saja ceritanya. Macam baca manga, sekejap saja habis 1 buku. 

So, siapa bosan hujung minggu ni? Boleh lah pegi tengok drama bitesize Noble My Love... Sementara tunggu next episode K-drama paling top of the month; W-World yang misteri, romantik dan fantasi itu... 

hahaha. Lama tak layan K-drama kan. Sekali sekala boleh lah. Selalu teman husband tengok cerita dia yang tema action, fantasy dan SERIUS bikin sakit otak!

Dulu first time teman dia tengok movie tajuk Interstellar (macam ni ka ejaan dia tu?) di pawagam. Hairan betul dengan orang yang boleh nangis tengok cerita tu. 3 hours punya movie pulak tu. Memang tak perasan langsung kewujudan saya di sebelah. Siap boleh repeat tengok second time di rumah. Saya? Makan bertih jagung dan coffee ja lah sepanjang movie tu. Bahahahaha..

Otak saya memang suka benda simple! hihihi.

Okay! 

Kalau ada yang tak suka cerita Noble My Love tu, jangan pulak kecam saya okey! hahaha.

Lain hari kalau rajin, boleh kongsi lagi. :)


Kalau masih stress juga lepas tengok drama ni, makan B-Complex Shaklee. gerenti hilang stress! hehehe. 



Monday, August 8, 2016

Tips Urus Kewangan Saya



Tips kewangan saya:

Pelbagaikan tempat simpanan. 


Asingkan akaun untuk bayar hutang piutang, untuk belanja sendiri, untuk simpanan, untuk bisnes dan lain2 mengikut keperluan.

Untuk simpanan yang berkesan, simpan dalam akaun pelaburan, orang bilang duit tu boleh 'beranak' kan. Hohoho. Tapi, pastikan lah labur dalam pelaburan patuh syariah.

Akaun pelaburan kan susah sikit nak keluarkan duit tu. Kecuali betul-betul kecemasan. Lagi satu simpanan yang berkesan, beli dan simpan emas. 2 jenis simpanan ni bagus untuk jangka masa yang panjang. 



Baca macam simple kan? hihi.. tapi kadang-kadang pening juga mau urus. Ada masa nanti, saya kongsikan jenis-jenis pelaburan yang patuh syariah.

Itu dulu. bye!

Sunday, July 24, 2016

Buat Yogurt Sendiri Di Rumah - Homemade Yogurt



gambar ihsan dari Mr. Google


Haaa.. memandangkan Facebook mengembalikan memori zaman study di USM dulu.. Nak kongsi lah di sini… memori tu pasal pembuatan dan penjualan yogurt masa degree dulu. Masa 3rd year degree rasanya… hihi.. 

Senyum-senyum tengok gambar zaman muda mudi bersama teman-teman sekelas. Wahh! Sangat rindukan mereka!


Inilah Yogurt Buatan kami dulu!


Buat yogurt sampai tengah malam. Sebab nak make sure masa perapan tu optimum. Jadi, nak share sini cara pembuatan yogurt tu. Masa degree dulu senang lah buat sebab dengan bantuan peralatan makmal yang canggih seperti incubator, termometer, hot plate, peti sejuk (ehhh..??). hahaha…. macam lah di dapur kita takda benda tu kan.. hihihi.


Yogurt yang sedang diperap dalam Incubator 40 degree


Okey. Jom tengok resepi homemade yogurt tu dulu:

  1. Susu segar/ Susu UHT  - 50ml
  2. Susu tepung - 5g
  3. Gula - 1.5g
  4. Yogurt pasaran - 1.5g

**nota: boleh guna sebarang jenama. Pilih lah mana-mana yang anda suka.

Resepi di atas untuk 50 ml susu saja. Tapi, kalau mau buat banyak, buat kira-kira guna rumus di bawah okey? hihihihi.

Gula: 10% daripada jumlah susu segar
Susu Tepung: 3% daripada jumlah susu segar
Yogurt: 3% daripada jumlah susu segar


CARA PEMBUATAN YOGURT 


1. Sediakan 50mL susu  dalam 1 bekas yang tahan panas. Guna ricecooker pun boleh. 

2. Panaskan susu hingga 60 degree. Atau agak-agak dah boleh larut gula tu, stopkan api.

3. Larutkan gula dan susu hingga sebati.

4. Kemudian, panaskan pada suhu 90 degree selama 5 minit. Agak-agak dah nak dekat mendidih, suhu dah mencapai +/- 90 degree, boleh tutup api. Ini penting untuk memastikan semua microbe/kuman mati. Pastikan bekas ditutup dengan baik. So, barulah yogurt diyakini untuk dimakan.

5. Selepas dipanaskan, sejukkan pula sehingga suhu turun ke 40 degree.. Panas sikit saja daripada suhu badan kita. So, pandai2 lah nak agak kalau takda termometer. (step ni penting supaya bakteria dalam yogurt tak mati)

6. Dah sejuk, boleh lah masukkan yogurt ke dalam susu. Yogurt ni mengandungi bakteria Lactobacillus & Streptococcus. Bakteria baik untuk usus kita. hehe

7. Gaulkan sehingga sebati. Pastikan buat dalam keadaan yang bersih.

8. Pindahkan ke dalam bekas yang bersih. Kemudian biarkan yogurt diperap dalam suhu 42 degree. Kalau di makmal, kami guna incubator, tapi kalau tak ada incubator, boleh cuba rendam dalam bekas mcm termos ka.. atau any cooker yang boleh control suhu.. (yg lambat sejuk). Jangan biar dalam suhu bilik, cair jadinya nanti.. Nanti jadi macam yogurt drink pulak.

Biarkan selama lebih kurang 8-15 jam. Suhu 40-42 degree tu, suhu yang ideal untuk pembiakan microbe.. Semakin lama dibiarkan, semakin masam jadinya, sebab penghasilan lactic acid bertambah. Makin lama, makin kental yogurt tu..


9. Selepas proses perapan, yogurt mesti dipindahkan ke peti sejuk.. Ini untuk membantutkan proses pembiakan microbe dan merendahkan penghasilan lactic acid.

*Nak tengok yogurt tu jadi or tak, tengok pada texture. cair atau pejal/kental? biasanya yogurt akan jadi pejal selepas diperap. Sejukkan dalam sejam atau lebih baru sedap dimakan.

Okey, siap! Boleh lah dimakan begitu sahaja atau gunakan kreativiti anda. Nak makan dengan roti ka.. Biskut ka… ataupun aiskrim. 

Nak buat masker campur ESP atau vitamin C Shaklee pun boleh! hihihi


Frozen-kan yogurt tu, buat macam gambar bawah ni pun sedaapppp.. Arghh.. tergoda! 

gambar ihsan Mr. Google


Okey. Dah sudah untuk kali ni. Jumpa di lain lembaran! hehehe..

Ada yang mau order Shaklee? Boleh contact saya ya!




Shaklee Independent Distributor,
Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Fb: https://www.facebook.com/nurul.amani.52?fref=ts
Email: amani048@gmail.com




BACA LAGI