Sunday, July 24, 2016

Buat Yogurt Sendiri Di Rumah - Homemade Yogurt



gambar ihsan dari Mr. Google


Haaa.. memandangkan Facebook mengembalikan memori zaman study di USM dulu.. Nak kongsi lah di sini… memori tu pasal pembuatan dan penjualan yogurt masa degree dulu. Masa 3rd year degree rasanya… hihi.. 

Senyum-senyum tengok gambar zaman muda mudi bersama teman-teman sekelas. Wahh! Sangat rindukan mereka!


Inilah Yogurt Buatan kami dulu!


Buat yogurt sampai tengah malam. Sebab nak make sure masa perapan tu optimum. Jadi, nak share sini cara pembuatan yogurt tu. Masa degree dulu senang lah buat sebab dengan bantuan peralatan makmal yang canggih seperti incubator, termometer, hot plate, peti sejuk (ehhh..??). hahaha…. macam lah di dapur kita takda benda tu kan.. hihihi.


Yogurt yang sedang diperap dalam Incubator 40 degree


Okey. Jom tengok resepi homemade yogurt tu dulu:

  1. Susu segar/ Susu UHT  - 50ml
  2. Susu tepung - 5g
  3. Gula - 1.5g
  4. Yogurt pasaran - 1.5g

**nota: boleh guna sebarang jenama. Pilih lah mana-mana yang anda suka.

Resepi di atas untuk 50 ml susu saja. Tapi, kalau mau buat banyak, buat kira-kira guna rumus di bawah okey? hihihihi.

Gula: 10% daripada jumlah susu segar
Susu Tepung: 3% daripada jumlah susu segar
Yogurt: 3% daripada jumlah susu segar


CARA PEMBUATAN YOGURT 


1. Sediakan 50mL susu  dalam 1 bekas yang tahan panas. Guna ricecooker pun boleh. 

2. Panaskan susu hingga 60 degree. Atau agak-agak dah boleh larut gula tu, stopkan api.

3. Larutkan gula dan susu hingga sebati.

4. Kemudian, panaskan pada suhu 90 degree selama 5 minit. Agak-agak dah nak dekat mendidih, suhu dah mencapai +/- 90 degree, boleh tutup api. Ini penting untuk memastikan semua microbe/kuman mati. Pastikan bekas ditutup dengan baik. So, barulah yogurt diyakini untuk dimakan.

5. Selepas dipanaskan, sejukkan pula sehingga suhu turun ke 40 degree.. Panas sikit saja daripada suhu badan kita. So, pandai2 lah nak agak kalau takda termometer. (step ni penting supaya bakteria dalam yogurt tak mati)

6. Dah sejuk, boleh lah masukkan yogurt ke dalam susu. Yogurt ni mengandungi bakteria Lactobacillus & Streptococcus. Bakteria baik untuk usus kita. hehe

7. Gaulkan sehingga sebati. Pastikan buat dalam keadaan yang bersih.

8. Pindahkan ke dalam bekas yang bersih. Kemudian biarkan yogurt diperap dalam suhu 42 degree. Kalau di makmal, kami guna incubator, tapi kalau tak ada incubator, boleh cuba rendam dalam bekas mcm termos ka.. atau any cooker yang boleh control suhu.. (yg lambat sejuk). Jangan biar dalam suhu bilik, cair jadinya nanti.. Nanti jadi macam yogurt drink pulak.

Biarkan selama lebih kurang 8-15 jam. Suhu 40-42 degree tu, suhu yang ideal untuk pembiakan microbe.. Semakin lama dibiarkan, semakin masam jadinya, sebab penghasilan lactic acid bertambah. Makin lama, makin kental yogurt tu..


9. Selepas proses perapan, yogurt mesti dipindahkan ke peti sejuk.. Ini untuk membantutkan proses pembiakan microbe dan merendahkan penghasilan lactic acid.

*Nak tengok yogurt tu jadi or tak, tengok pada texture. cair atau pejal/kental? biasanya yogurt akan jadi pejal selepas diperap. Sejukkan dalam sejam atau lebih baru sedap dimakan.

Okey, siap! Boleh lah dimakan begitu sahaja atau gunakan kreativiti anda. Nak makan dengan roti ka.. Biskut ka… ataupun aiskrim. 

Nak buat masker campur ESP atau vitamin C Shaklee pun boleh! hihihi


Frozen-kan yogurt tu, buat macam gambar bawah ni pun sedaapppp.. Arghh.. tergoda! 

gambar ihsan Mr. Google


Okey. Dah sudah untuk kali ni. Jumpa di lain lembaran! hehehe..

Ada yang mau order Shaklee? Boleh contact saya ya!




Shaklee Independent Distributor,
Hp: 0135414548 (whatsapps/Telegram/sms)
Fb: https://www.facebook.com/nurul.amani.52?fref=ts
Email: amani048@gmail.com




BACA LAGI